Mengenai MyIS Akar Umbi

Inovasi Sosial Akar Umbi

Mengenai MyIS Akar Umbi

MyIS Akar Umbi merupakan sebuah projek yang bermatlamat untuk mempertingkatkan dan memacu usaha Pembangunan dan Pengkomersilan Inovasi Akar Umbi yang berpotensi di Malaysia melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak seperti kerajaan, industri, masyarakat akar umbi dan golongan muda termasuk menyediakan peluang pembinaan kapasiti kepada pihak-pihak yang terlibat.

Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dan pengkomersialan inovasi akar umbi merangkumi penyediaan peluang pembinaan kapasiti kepada inovator akar umbi tempatan. Program ini turut menambah nilai produk inoasi daripada pembangunan prototaip kepada pra-pengkomersialan.

Objektif MyIS Akar Umbi

  • Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi inovator akar umbi yang mempunyai inovasi yang berpotensi untuk dibangunkan dan membimbing mereka untuk menjadi model tauladan kepada masyarakat setempat.
  • Merintis jalan baru dalam usaha merangsang aktiviti pengkomersilan akar umbi menjadi aktiviti pengkomersilan arus perdana.
  • Membuka peluang kepada inovator akar umbi untuk mempertingkatkan inovasi mereka menuju ekonomi arus perdana.

Apa Itu Inovasi Sosial Akar Umbi?

Produk atau proses inovatif yang dibangunkan oleh golongan berpendapatan rendah, biasanya bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup.

Inovasi diterajui komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.