Terma & Syarat Penyertaan

Terma & syarat untuk menyertai MyIS Akar Umbi

Di bawah adalah syarat-syarat penyertaan MyIS Akar Umbi:

  • Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas; secara Individu atau Berkumpulan.
  • Inovasi tersebut mesti memenuhi definisi “MyIS Akar Umbi” yang ditetapkan seperti di bawah:
    • Produk atau perkhidmatan inovasi yang dibangunkan mestilah bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup bagi golongan berpendapatan rendah, ATAU
    • Inovasi diterajui komuniti yang berpendapatan rendah untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.
  • Produk inovasi perlulah berada diantara TRL 3 - TRL 6
  • Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang kearah kesejahteraan golongan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan.
  • Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada.
  • Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan.
  • Semua penyertaan mesti diterima pihak penganjur mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Penyertaan tersebut akan dinilai pada tahun yang sama. Penyertaan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tersebut akan dinilai pada tahun berikutnya.
  • Inovasi terpilih oleh Jawatankuasa Penilaian MyIS Akar Umbi akan diberi bimbingan dan sokongan pembangunan ke tahap pra-pengkomersialan, seterusnya dilengkapi dengan pelan perniagaan strategik (tertakluk kepada kebolehlaksanaan)
  • Semua peserta terpilih mesti bersetuju mengambil bahagian dan melengkapkan keseluruhan program serta memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Keputusan Jawatankuasa Penilaian MyIS Akar Umbi adalah muktamad.
  • Pengumuman akan dibuat di laman sesawang dan media sosial YIM dan pemenang akan dihubungi oleh sekretariat melalui panggilan telefon.