Terma & Syarat Penyertaan

Terma & syarat untuk menyertai InnoMap MaGRIs

Di bawah adalah syarat-syarat penyertaan Inovasi Akar Umbi MaGRIs:

  • Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur dari 18 tahun dan ke atas; secara Individu atau Berkumpulan.
  • Inovasi tersebut mesti memenuhi definisi “Inovasi Akar Umbi” yang ditetapkan seperti di bawah:
    • Produk atau proses inovasi yang dibangunkan oleh golongan berpendapatan rendah, biasanya bertujuan untuk memenuhi keperluan asas serta mengatasi kesusahan dan cabaran hidup, ATAU
    • Inovasi diterajui komuniti untuk mencapai kelestarian hidup yang sering mengalami kesukaran untuk berkembang luas ke pasaran-pasaran lain.
  • Inovasi yang mempunyai nilai tinggi, berimpak positif dan menyumbang kearah kesejahteraan komuniti luar bandar akan diberi keutamaan.
  • Inovasi yang dipertandingkan merupakan Idea asal atau penambahbaikan daripada inovasi sedia ada.
  • Inovasi yang disertakan mesti telah mencapai fasa protataip (hampir siap) atau siap dibangunkan. Setiap penyertaan harus dilengkapkan dengan maklumat yang mencukupi untuk memudahkan proses pemilihan.
  • Semua penyertaan mesti diterima pihak penganjur selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap tahun, akan dinilai pada tahun yang sama. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dinilai pada tahun berikutnya.
  • Inovasi terpilih oleh Jawatankuasa Penilaian MaGRIs akan diberi bimbingan dan sokongan pembangunan ke tahap pra-pengkomersialan, seterusnya dilengkapi dengan pelan perniagaan strategik (tertakluk kepada kebolehlaksanaan)
  • Semua peserta terpilih mesti bersetuju mengambil bahagian dan melengkapkan keseluruhan program serta memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Keputusan Jawatankuasa Penilaian MaGRIs adalah muktamad dan pengumuman akan dibuat melalui surat menyurat ataupun emel, dalam bulan Mac setiap tahun.